DUA 6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
TAJUK:

Ø BINCANGKAN PERANAN ANDA SEBAGAI
GRADUAN POLITEKNIK
NAMA PENSYARAH:
· PUAN NORAINI BINTI NAWAWI
NAMA AHLI
KUMPULAN:
· NURUL FARHANA BINTI HAIRUL NIZAM
(02DTM14F1122)
· FATIN NABILA HANIM BINTI RAMLI
(02DTM14F1033)
· NORFADHILATUL HASNIDA BINTI
SUHAIMI (02DTM14F1073)
· NURUL IZZAHTE AIN BINTI MOHD
FAUZI (02DTM14F1003)
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN
|
BIL. MUKA SURAT
|
PENGENALAN
|
2
|
ISI
|
3-8
|
KESIMPULAN
|
9
|
RUJUKAN
|
10
|
LAMPIRAN
|
11-17
|
PENGENALAN
Malaysia ialah sebuah negara yang dihuni
oleh pelbagai kaum. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia mempunyai kepelbagaian
budaya dan cara hidup yang berbeza. Menurut Abdul Aziz (2000), kebudayaan
adalah himpunan kekayaan jasmaniah dan rohaniah yang dicipta oleh manusia
sebagai cara hidup. Kepelbagaian budaya memerlukan beberapa perkara asas bagi
mewujudkan keharmonian dalam hubungan sosial.
Seterusnya,
dengan adanya kepelbagaian budaya semangat
perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung
bersama-sama oleh semua pihak melalui kepelbagaian perayaan dan sambutan di
Malaysia. Hal ini kerana, sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah
perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa
masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha dan
cara dapat diambil dan dilakuakan bagi memupuk dan membaja agar perpaduan dan
keharmonian terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat.
Dalam
perspektif lain, Malaysia merupakan negara yang sedang membangun bukan sahaja
dari bidang pertanian, perindustrian, sukan dan lain-lain. Hal ini membolehkan,
Malaysia dikategorikan sebagai Negara yang istimewa kerana mempunyai kepelbagaian
kaum utama iaitu Malayu, Cina, India dan sebagainya. Perkembangan Negara yang
pesat serta hubungan sosial yang kukuh membolehkan Negara Malaysia duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan
Negara-negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat, Jepun , China
termasuklah Negara jiran Singapura. Tambahan pula, kejayaan negara Malaysia
bagi mengekalkan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum serta hubungan sosial
budaya yang utuh sejak merdeka hingga kini amat mengagumkan bukan sahaja dapat
dilihat semasa sambutan perayaan malah pada apa jua situasi yang berbeza.
Namun, hal ini memerlukan perkara asas bagi mengekalkan keharmonian budaya di
Malaysia.
ISI - ISI
Malaysia
merupakan sebuah Negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada
berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang dapat
hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling menghormati. Oleh sebab
itu, pelbagai perayaan yang boleh diadakan di Negara ini kerana kaumnya yang
berbilang bangsa itu. Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu dan bekerjasama
berdasarkan atas prinsip-prinsip Rukun Negara. Perpaduan yang wujud ini mampu
mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia sedar akan pentingnya
perpaduan bak kata pepatah ”bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat”. Persoalannya, apakah peranan kita sebagai mahasiswa dan mahasiswi
untuk mewujudkan semangat perpaduan kaum di Negara ini?
Salah
satu usaha mewujudkan perpaduan kaum di Negara kita adalah peranan yang
dimainkan oleh pihak institusi pengajian tersebut misalnya di politeknik
mahupun university swasta atau kerajaan. Pelajar harus menyokong cadangan bagi mewujudkan
satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan. Dengan adanya sistem pendidikan
yang terbuka kepada setiap kaum dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar, hal ini mampu membentuk elemen perpaduan dalam kalangan pelajar
khususnya pada graduan Politeknik. Dengan adanya pelajar yang memupukkan
semangat berbilang kaum pada peringkat awal dan didedahkan dengan kepelbagaian
bangsa dan agama dipupuk sejak di bangku sekolah rendah lagi maka usaha untuk
membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dapat dilakukan
dengan lebih berkesan dan efektif.
Tambahan
pula, di sekolah mahupun di peringkat institusi pengajian tinggi swasta mahupun
kerajaan, pelajar yang berbilang kaum akan berinteraksi, bergaul, bergurau dan
sebagainya semasa melakukan aktiviti-aktiviti semasa proses P & P ataupun
kokurikulum. Dengan cara ini mampu membentuk generasi Malaysia yang lebih
bersefahaman, bekerjasama dan bersatu padu dapat dilahirkan di negara kita.
Selain itu, menerusi sukatan Pengajian Malaysia dan Komunikasi dan Penyiaran
Dalam Islam khususnya, keharmonian dan sosial budaya dapat dipupuk dalam
kalangan pelajar. Dengan ini, generasi muda akan sedar akan peranan mereka
untuk mengukuhkan pepaduan kaum menerusi peranan yang dimainkan oleh pihak di
sesebuah institusi tersebut.
Selain
itu, mengadakan rumah terbuka atau jamuan raya di tempat institusi tersebut
semasa hari perayaan. Denga adanya hal ini dapat mewujudkan perpaduan kaum dalam
kalangan pelajar itu sendiri. Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang
disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk saling
bertoleransi dalam kalangan rakyat di Malaysia. Amalan kunjung-mengunjungi
ketika merayakan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari
Natal dapat memupuk silaturahim dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum.
Semasa menghadiri rumah terbuka mahupun jamuan raya, pelajar-pelajar boleh
mengenali adat resam setiap kaum dengan lebih mendalam sekaligus dapat menjana
sikap bertimbang rasa dan saling menghormati antara satu sama lain. Setiap kaum
yang ada di Negara kita sedia menerima adat resam dan budaya kaum lain selain
dapat menikmati juadah tradisional masyarakat mengikut kaum yang ada di
Malaysia. Rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah kita bukan sahaja dapat
mengeratkan hubungan sesama kaum tetapi juga dapat memeriahkan suasana rumah
terbuka serta mengeratkan hubungan silaturahim antara budaya di Malaysia. Oleh
itu, rumah terbuka atau jamuan raya yang diadakan pada setiap kali perayaan
dapat memupuk perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat dan pelajar.
Seterusnya,
perpaduan kaum dalam kalangan pelajar dapat diwujudkan menerusi kepelbagaian
kebudayaan. Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek yang
penting untuk mewujudkan perpaduan. Walaupun terdiri daripada latar belakang
yang berbeza, namun apabila dikaitkn dengan kebudayaan, semua pelajar boleh
menerimanya tanpa wujud prasangka negatif. Apabila diadakan sesuatu persembahan
untuk meraikan hari kebesaran atau menerima kedatangan orang kenamaan , akan
dipersembahkan tarian oleh pelbagai kaum seperti tarian Zapin dan tarian Inang
oleh pelajar Melayu, tarian kipas ,tarian singa dan tarian piring oleh pelajar
Cina, Tarian Bharatanatiam dan Tarian Kollattam oleh pelajar India. Persembahan
kebudayaan yang unik ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar
untuk mengenal tarian tersebut. Tegasnya, kepelbagaian kebudayaan yang ada di
Negara kita dapat mewujudkan perpaduan kaum dan mengenal antara satu sama lain
kerana bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.
Dalam
pada itu, masyarakat khususnya graduan intitusi pengajian tinggi haruslah
bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum terutama di tempat pengajian.
Dalam keadaan tersebut, ibu bapa juga memainkan peranan yang besar dengan
sentiasa menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi
dan di bangku sekolah lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh biar dari
rebungnya”. Caranya, anak-anak digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang
berlainan bangsa dan ibu bapa juga disarankan membawa anak-anak mereka
mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran atau perayaan. Dengan cara itu, ibu
bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka
menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
jenis kaum dan etnik. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan berkomunikasi dengan
anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan
bahasa-bahasa ibunda yang lain.
Apabila
golongan muda terutamanya graduan politeknik dan institusi lain menguasai
pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa
dengan mudah. Oleh itu, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah
didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri
mereka dapat berkembang dengan sempurna. Walaubagaimanapun, dalam hal ini
peranan ibu bapa sangat penting dalam memupuk hubungan sosial ketika kecil.Oleh
yang demikian, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan
semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum.
Menilai
dari sudut perspektif yang berbeza, perpaduan memerlukan nilai holistis dalam
diri setiap warga yang sedar ia memberikan roh kepada negara bangsa ini.
Andainya perayaan ini boleh dikongsi bersama dan merasakan ada rasa
tanggungjawab untuk memainkan peranan dan memberi makna kepada diri setiap
individu terutamanya graduan institusi pelajaran tinggi dan pelajar sekolah. Perayaan
merupakan kunci perpaduan tidak perlu dipersoalkan lagi kerana ia juga berjiwa
petriotisme dan nasionalistik wujud dengan sendirinya berpandukan prinsip dalam
rukun negara dan perlembagaan yang mempertahankan nilai ini dan dokumen kebal
negara.
Mengimbau kembali sejarah
Malaysia tedahulu, sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957
merupakan tarikh keramat kemerdekaan negara. Sambutan perayaan hari
kebangsaan sesungguhnya membuka satu lagi jalan dalam usaha memupuk
perpaduan di Malaysia. Pada kebiasaannya, pelbagai kaum akan menyertai
upacara sambutan perayaan tersebut pada setiap tahun termasuklah sekolah,
politeknik dan intitusi pegajian tinggi lain akan mengadakan sambutan perayaan
tersebut. Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan nescaya dapat
menambahkan ukhwah dan permuafakatan antara masyarakat dan di institut
pengajian tinggi terutamanya golongan graduan di IPTA dan IPTS serta
pelajar-pelajar sekolah dengan wujudnya
pelbagai kaum di Malaysia.
Di samping itu, penghayatan
tema sambutan Hari Kebangsaan, misalnya Keranamu Malaysia dapat
menanam semangat cinta akan negara sekali gus mengukuhkan amalan
peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung. Sesungguhnya, semua kaum di Malaysia perlu memahami bahawa
kemerdekaan yang digapai pada hari ini perlu dijaga kerana Malaysia hanya satu,
dan tidak ada duanya. Peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan
batu di negeri sendiri, hendaklah direnungi oleh setiap warganegara
Malaysia terutamaya anak anak muda di politeknik dan institusi lain agar
perpaduan bukanlah menjadi duri dalam daging dalam usaha negara mencapai
Wawasan 2020.
Kajian
masalah agama dan budaya sudah tidak asing lagi di kehidupan manusia. Walaupun
peristiwa perubahan sosial telah mengubah orientasi dan makna agama, hal itu
tidak berhasil perubahan ekosistem dari segi agama dalam masyarakat dan para
graduan intitusi pengajian tinggi terutama politeknik. Sehingga kajian tentang
agama dan budaya selalu akan terus berkembang dan menjadi kajian yang penting.
Hal ini kerans sifat universal agama dan budaya dalam masyarakat, maka kajian
tentang masyarakat tidak akan lengkap tanpa melihat agama sebagai salah satu
faktornya ialah budaya. Seringkali kajian tentang politik, ekonomi dan
perubahan sosial dalam suatu masyarakat melupakan pentingnya agama sebagai
salah satu faktor keharmonian dalam sosial budaya. Oleh itu, tidak hairanlah
jika hasil kajiannya tidak dapat menggambarkan realisasi sosial yang lebih
lengkap. Maka, masyarakat secara umumnya perlu sedar dan saling menghormati
agama masing-masing.
Dari
sudut pandangan yang berbeza, pentingnya mempelajari
kehidupan manusia ini terutama di rujuk dalam Al-Qur'an apabila membincangkan
konsep-konsep keagamaan terutama negara Malaysia yang penduduknya terdiri
daripada pelbagai agama dan kaum. Al-Qur'an seringkali menggunakan
"orang" untuk menjelaskan konsep ketaqwaan. Misalnya, untuk
menjelaskan tentang konsep takwa, Al-Qur'an menunjuk pada konsep
"muttaqien", untuk menjelaskan konsep sabar, Al-Qur'an menggunakan
kata "orang sabar" dan seterusnya.
Dengan
merujuk pada kitab Al-Qur'an yang sedemikian sesungguhnya, konsep-konsep
keagamaan itu merangkumi perilaku manusia tanpa mengira agama. Oleh sebab itu,
pemahaman konsep agama terletak pada pemahaman setiap individu itu sendiri.
Dengan ini, pentingnya soal keagamaan dalam konsep saling memahami antara agama
masing-masing dan hormat menghormati sesuatu agama.
Intihanya, memandangkan negara
Malaysia mempunyai pelbagai budaya dan adat resam yang berbeza maka terdapat
pelbagai pandangan dan perspektif yang berbeza dalam kalangan masyarakat melayu
khususnya. Hal ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai perayaan pada setiap
tahun. Perayaan besar seperti hari raya puasa, hari raya haji, tahun baru cina,
hari deepavali, hari natal, hari gawai, dan hari keamatan di Sabah disambut
oleh semua masyarakat di Malaysia. Dalam konteks Malaysia, ucapan selamat yang
diberikan oleh umat islam kepada masyarakat bukan islam ketika sambutan
perayaan mereka adalah diharuskan dengan syarat ucapan tersebut tidak
mengandungi ungkapan-ungkapan syirik atau kufur.
KESIMPULAN
Semua pihak perlu
sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan
masyarakat di negara
kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang enteng akan
perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya
kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk
padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan
liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah
membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat
beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih
dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh
tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian,
perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai.
Usaha mewujudkan
perpaduan kaum perlu diberi penekanan di Negara kita kerana menjadi tonggak
kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Oleh itu, semua pihak perlulah
bekerjasama dalam memastikan perpaduan dapat dicapai di Negara ini. Jelasnya,
rakyat Malaysia perlulah sama-sama menjayakan Gagasan 1 Malaysia seperti yang
disarankan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana
Menteri Malaysia.
Kesimpulanya,
pentingnya budaya dan saling hormat menghormati dalam mewujudkan semangat
perpaduan dalam kalangan kaum di Malaysia terutamanya ketika sambutan perayaan
kaum masing-masing. Hal ini kerana, budaya serta nilai hormat menghormati ini
merupakan amalan yang perlu dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, serta
status seseorang. Dalam Al-Quran dengan jelas mengesa supaya kita mengamalkan
perkara ini seperti yang terdapat dalam surah al-isra’ ayat yang ke-70.
Sekiranya kita mahu dihormati, maka kita perlu menghormati orang lain. Dengan
ini, apabila ada rasa hormat dalam diri, maka terbantuklah budaya saling
menghormati, seterusnya masyarakat dapat bersatu padu dan harmoni.
RUJUKAN
·
Buku Komunikasi Dan Penyiaran
Dalam Islam, tahun 2016 edisi 1, terbitan oxford fajar sdn.bhd.
·
http:ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120825/re_03/Wajah-wajah-perpaduan-dalam-malaysia
·
hhtp://www.1malaysia.com.my/en/affiliates/langkah-mengukuhkan-perpaduan-dalam-kalangan-rakyat-malaysia-0
·
http://perayaanutamakaumdimalaysia.blogspot.my/2015/02/perayaan-di-negeri-sabah-dan-serawak.html?m=1
LAMPIRAN
GAMBAR KEPELBAGAIAN
KAUM DAN ETNIK DI MALAYSIA
JENIS-JENIS
PERAYAAN DI MALAYSIA
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
SAMBUTAN TAHUN BARU CINA
SAMBUTAN DEEPAVALI
SAMBUTAN HARI GAWAI
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN
PERINGKAT SEKOLAH
PERINGKAT NEGARA
PERINGKAT IPTA/IPTS
AMALAN ZIARAH-MENZIARAHI
HARI RAYA AIDILFITRI
TAHUN BARU CINA
KERATAN AKHBAR
CONTOH HADIS
|
No comments:
Post a Comment